16 Januari 2013

MAJLIS PELANCARAN BULAN DISIPLIN

Majlis pelancaran bulan disiplin bermula pada 14 Januari 2013. Majlis ini di rasmikan oleh SM Mat Yaman B. Hassan, Ketua Polis Balai Kok Lanas. Bulan disiplin akan berlangsung selama sebulan..










SESI BERGAMBAR BERSAMA PELAJAR CEMERLANG PMR 2012




















HARI SILATULRAHIM TINGKATAN 1












03 Januari 2013

Lirik Lagu SMK Pangkal Kalong

GERAK MAJU JAYA

Gerak Maju Jaya
SMK Pangkal Kalong
Bertekad terus Cemerlang
Demi bangsa dan Negara

Ibu bapa dan guru 
Bersaty padu tenaga
Ilmu Bakti dicurah
Lahirlah generasi gemilang

Teguh Megah berdiri
SMK Pangkal Kalong
Berbudi Bersahsiah tinggi
Memacu bangsa berjaya

Agama punca pedoman
Panduan budaya bangsa
Putera puteri gemilang
Penyambung warisan

01 Januari 2013

PENTADBIR SEKOLAH


Ø  SENARAI PENTADBIR SMK PANGKAL KALONG

 
 

BIL
NAMA
JAWATAN
1
Tn Hj Mohd Yusoff b. Setafa
Pengetua
2
Tn. Hj. Mohammed b. Haron
Penolong Kanan Pentadbiran
3
Pn. Hjh. Nik Hasemah bt. Mamat
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4
En. Baharudin b Mat Nawi
Penolong Kanan Kokurikulum
5
Pn Azizah bt Mamat
Guru Kanan Sains dan Matematik
6
En. Ibrahim b. Mamat
Guru Kanan Sains Sosial
7
En. Abd. Razak b. Mamat,
Guru Kanan Teknik & Vokasional
8
En Asabul Kapi b. Yusof
Guru Kanan Bahasa
9
Pn. Hjh Che Hasanah bt. Saman
Kaunselor Pelajar
10
YM Tg. Azzura bt. Tg. Rahim
Kaunselor Pelajar
11
Pn Zulaini bt Ibrahim
Ketua Pembantu Tadbir

LENCANA, PRINSIP PERKHIDMATAN, VISI, MISI DAN OBJEKTIF SMKPK

Ø   LENCANA DAN MOTO SEKOLAH

 


GERAK
Menggerakkan pelajar-pelajar supaya menjadi insan  seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek..
 
MAJU
Meningkatkan keupayaan pelajar-pelajar dari segi ilmu penge-tahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan ke arah kemajuan agama, masyarakat dan negara.
 
JAYA
Melahirkan pelajar-pelajar yang berwawasan dan berdaya maju ke arah pembentukan insan yang kamil
 
 

Ø    PRINSIP PERKHIDMATAN SMK PANGKAL KALONG

 

S      :           SETIA

M      :           MUAFAKAT

K      :           KETERAMPILAN

P      :           PROAKTIF

K      :           KREATIF

 


Ø   FALSAFAH SEKOLAH


Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan  Pangkal Kalong ialah satu usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh untuk mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh bersepadu dan seimbang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

  

Ø   VISI SEKOLAH

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Kalong akan menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dan tersohor di Negeri Kelantan menjelang 2017.

 

Ø   MISI SEKOLAH

 

Merealisasikan pendidikan berkualiti untuk melahirkan modal insan cemerlang melalui pendekatan bersepadu  berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

Ø   OBJEKTIF SEKOLAH

 

1. Melahirkan tenaga manusia yang berketerampilan dan berpotensi.

2. Melahirkan insan yang berakhlak mulia dan bermaruah.

3. Melahirkan insan yang berdaya saing di semua peringkat.

4. Melahirkan warganegara yang berguna dan bertanggungjawab.

5. Melahirkan insan yang berilmu dan bertaqwa.