27 Februari 2013

LAWATAN & PEMANTAUAN PEGAWAI UNIT BAHASA MELAYU JPN KELANTAN

Warga SMK Pangkal Kalong amat berbesar hati dan mengalu-alukan lawatan pemantauan oleh En. Meor Mohamad Zain dari Unit Bahasa Melayu JPN Kelantan pada 26 Februari 2013.


 

19 Februari 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN RM100 TAHUN 2013

Pada 16 Februari 2013 (Sabtu) telah diadakan majlis penyampaian Bantuan Khas Persekolahan sebanyak RM100 kepada semua pelajar SMK Pangkal Kalong. Semua ibubapa pelajar telah dijemput untuk menerima duit tersebut yang berlangsung di Dewan Bestari SMK Pangkal Kalong. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Roslan bin Abd Hamid (Penyelaras Dun Kadok) iaitu wakil kepada Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj.Annuar bin.Hj.Musa  yang tidak dapat hadir kerana ada urusan  yang tidak dapat dielakkan. Majlis berjalan dengan lancar dan pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk semua guru dan kakitangan SMK Pangkal Kalong, YDP PIBG serta  semua Penyelia Pembangunan Kampung yang turut sama menyertai majlis tersebut.

 




 






05 Februari 2013

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BULAN DISIPLIN

Majlis Perasmian Penutup Bulan Disiplin telah diadakan  pada 31 Januari 2013 bertempat didewan  SMK Pangkal Kalong.Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs.Tn.Mahmood bin Awang Kechik (Penolong Pegawai Penguatkuasa,bahagian Pematuhan JPJ Kelantan). Seiring dengan itu, beliau juga telah menyempurnakan Majlis Pentauliahan Pengawas SMK Pangkal Kalong 2013.

.