30 September 2014

NASIB KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM...


PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan tidak pernah membenarkan mana-mana institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menawarkan kursus jangka panjang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata keputusan peperiksaan percubaan SPM itu hanya boleh diguna untuk kursus jangka pendek seperti muzik dan Bahasa Inggeris.
"Kementerian tidak pernah halang IPTS guna keputusan peperiksaan percubaan itu untuk kursus jangka pendek," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sekolah SONO Pusat Perubatan Universiti Malaya-Samsung (UMMC-Samsung SONO School) di pusat perubatan itu di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan media mengenai rungutan ibu bapa berhubung tindakan kementerian yang melarang penggunaan keputusan peperiksaan percubaan SPM untuk mengikuti program pra-universiti dan asasi di IPTS bermula 2015.
Idris berkata rasional melarang IPTS menggunakan keputusan percubaan SPM adalah untuk memastikan kursus yang ditawarkan berkualiti serta mematuhi piawaian ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
"Ini penting kerana kita mahukan IPTS dan kursus yang ditawarkan mempratik amalan terbaik, kerana MQA ini berkolaborasi dengan agensi berkaitan di seluruh dunia," katanya.
Menjelas lanjut, beliau berkata surat peringatan mengenai perkara itu telah dikeluarkan kepada semua IPTS pada 23 Mei lepas, sekali gus menafikan dakwaan segelitir pihak bahawa kementerian telah membuat keputusan secara terburu-buru berhubung isu berkenaan.
"Ia bukan kejutan atau perkara baharu kepada IPTS kerana mereka sudah tahu lebih awal dan sangat faham tentang larangan menggunakan keputusan percubaan peperiksaan SPM untuk kursus jangka panjang.
"Saya tak faham kenapa perlu ada polemik dalam isu ini," katanya.
Mengenai UMMC-Samsung SONO School, Idris berkata ia satu contoh kerjasama terbaik antara pihak industri dengan universiti bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam pasaran kerja.
"Mereka yang ada di dalam industri mempunyai lebih banyak pengetahuan berbanding pihak universiti termasuk daripada segi keperluan.
Perkembangan teknologi telah menyebabkan ada rasional universiti mencipta jalinan kerjasama dengan industri supaya tidak ketinggalan dan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa," katanya.
Idris berharap konsep pembelajaran di universiti dapat dikaji semula dengan menekankan kepada pendekatan "dua campur dua" iaitu dua tahun pengajian di IPT dan dua tahun lagi bagi latihan dalam industri.
"Ini bagi memastikan apabila pelajar menamatkan pengajian, mereka mempunyai daya saing yang relevan dan memenuhi keperluan pasaran kerja sama ada dalam atau luar negara, katanya. - BERNAMA

CERAMAH KESIHATAN PERGIGIAN OLEH DR. NORBI ILANI BT. ABD. MANAS, KLINIK PERGIGIAN KOK LANAS KEPADA PELAJAR SMKPK





29 September 2014

TAHNIAH NUR ATIQAH IKHWANI (3 SETIA) - PEMENANG PINGAT EMAS ACARA 100 METER










pada 28 September 2014



Dua pelajar SMKPK 
Tuan Fikri b. Tuan Ibrahim (1 SETIA) 
dan Qamarina bt. Zakaria (1 SETIA} 
telah menyertai 
Kem 1Murid 1Sukan 2014
PPD Kota Bharu 
pada 28 dan 29 September 2014


24 September 2014

JANJI DITEPATI! - LAWATAN PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG PERPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2014

JADUAL PERKAMPUNGAN AKADEMIK 28 SEPTEMBER - 30 OKTOBER 2014






25 September 2014 (Khamis) Cuti Peristiwa

Kelantan isytihar 25 September hari cuti peristiwa

TUMPAT : Kerajaan Kelantan hari ini mengisytiharkan 25 September ini sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh negeri itu. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pengisytiharan itu dibuat bagi memudahkan urusan pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada hari itu.
"Setelah menghalusi dan mempertimbangkan kesukaran yang bakal dihadapi rakyat pada hari pembuangan undi kerana hari tersebut adalah hari bekerja, maka pihak kerajaan amat menaruh simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga yang terlibat.
"Saya sebagai ketua kerajaan yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat mengisytiharkan bahawa tarikh 25 September 2014 sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh negeri Kelantan Darulnaim," katanya.
(Sumber : Berita Harian Online)

21 September 2014

14 September 2014

RUMAH PELAJAR SMKPK TERBAKAR

Sinar Harian
'Bila saya kejut, dia tak nak bangun'

Tiada apa yang dapat diselamatkan dalam kejadian kebakaran di Kampung Lubuk Mak Udang.

PULAI CHONDONG - Keengganan seorang remaja, tidur di ruang tamu menyelamatkan nyawanya apabila berlaku litar pintas di bilik tidurnya sekaligus menyebabkan rumah keluarganya musnah dalam kebakaran pada jam 11.30 malam, kelmarin di Kampung Lubuk Mak Udang, di sini.

Ibunya, Sufiah Musa berkata, dia mengejutkan Nor Atirah Fitrina Mohd Hanafi untuk tidur di bilik apabila menyedari dia tertidur di ruang tamu bersama adik lelakinya.

“Bila saya kejut, dia tak nakbangun. Dia cakap, dia nak tidur di situ, dan beberapa minit kemudian saya terdengar bunyi pelik. Bila saya tinjau, saya dapati tilam di bilik tidur Atirah terbakar.

“Sekali lagi saya kejutkan kedua-dua anak saya sebelum bergegas ke rumah jiran berdekatan bagi meminta pertolongan memandangkan suami saya tiada di rumah ketika kejadian,” katanya yang tinggal sehelai sepinggang di sini, semalam.

Menurutnya, dia  tidak dapat bayangkan nasib anak perempuannya itu jika tidur di bilik sebelum kejadian memandangkan api marak dengan cepat.

Sufiah berkata, tidak sampai lima minit dia ke rumah jiran meminta pertolongan, rumahnya musnah dalam kebakaran tersebut dan dia hanya mampu menyelamatkan sebuah kereta dan motosikal.

Tambahnya, rumah yang didiami sejak lebih 20 tahun lalu itu tidak pernah mengalami kerosakan pendawaian elektrik dan kejadian tersebut diluar jangkaan mereka sekeluarga.

“Sebelum kejadian saya dah tidur dan terjaga kira-kira setengah jam sebelum itu untuk mengemas pakaian sebelum ke rumah abang saya di Melor memandangkan dia akan mengadakan kenduri dalam masa terdekat.

“Tiada apa-apa yang kami dapat selamatkan namun saya bersyukur, saya dan anak-anak selamat,” katanya.

Kerugian dianggarkan berjumlah RM100,000 dengan merangkumi rumah dan kelengkapannya serta barang-barang berharga.

Katanya, buat sementara waktu, dia dan keluarga akan tinggal di rumah mertuanya yang terletak berdekatan.

“Terima kasih kepada bomba, keluarga, rakan taulan dan jiran tetangga yang banyak membantu kami menghadapi saat-saat sukar ini,” katanya.

11 September 2014

JANJI DITEPATI - JAMUAN PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR 5 PROAKTIF & 5 KREATIF




JAMUAN MAKAN TENGAH HARI KHAS
PENGHARGAAN 
KEPADA PELAJAR 5 PROAKTIF & 5 TERAMPIL
KERANA MENCAPAI TARGET PKBS 2
















MAJLIS PENUTUP PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN KE-57

7.40 PAGI
DEWAN BESTARI SMKPK




10 September 2014

MUAT TURUN BORANG INSTRUMEN PEMANTAUAN KHAS NAZIR

KLIK DI BAWAH UNTUK MENYEMAK TARIKH DAN MUAT TURUN DOKUMEN

TARIKH PEMERIKSAAN KHAS PBS 2014

  • Fasa 1 pada 07/09/2014 - 12/09/2014
  • Fasa 2 pada 28/09/2014 - 03/10/2014
  • Fasa 3 pada 12/10/2014 - 17/10/2014

DOWNLOAD INSTRUMEN PEMANTAUAN KHAS PBS

Download Borang Instrumen Pemantauan PBS oleh JNJK sebagai rujukanPemantauan Kendiri di sekolah masing-masing. Instrumen A hingga F untuk Sekolah Menengah manakala Instrumen A hingga E untuk Sekolah Rendah. Berikut disertakan Senarai Instrumen Utama yang akan digunakan semasaPemeriksaan Khas PBS oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti.
Muat Turun Ms Office Word: Pautan diatas akan membawa anda ke New Tab. Pastikan anda click Button Download (kedudukan: atas kiri) untuk muat turun Borang Instrumen berformat (.docx) Ms Office Word.

Download Instrumen Pemeriksaan Khas PBS (Format PDF)
Download this file (INSTRUMEN A Mak.Asas_edaran sekolah.pdf)INSTRUMEN A Mak.Asas_edaran sekolah.pdf[ ]225 Kb
Download this file (INSTRUMEN B_PKualiti_edaran sekolah.pdf)INSTRUMEN B_PKualiti_edaran sekolah.pdf[ ]349 Kb
Download this file (INSTRUMEN C_PS_wdaran sekolah.pdf)INSTRUMEN C_PS_wdaran sekolah.pdf[ ]272 Kb
Download this file (INSTRUMEN D_PAJSK_edaran sekolah.pdf)INSTRUMEN D_PAJSK_edaran sekolah.pdf[ ]379 Kb
Download this file (INSTRUMEN E_EDARAN SEKOLAH.pdf)INSTRUMEN E_EDARAN SEKOLAH.pdf[ ]387 Kb
Download this file (INSTRUMEN F_PT3 edaran sekolah.pdf)INSTRUMEN F_PT3 edaran sekolah.pdf[ ]362 Kb

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 melaksanakan bidang tugasnya mengikut peruntukan yang telah ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). JNJK Institusi Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Berwibawa dengan Misi Menaziri dan Mempertingkatkan Kualiti Pendidikan di Institusi Pendidikan Secara Profesional, Berkualiti dan Beretika. Borang Instrumen Pemeriksaan Khas PBS Pemantauan JNJK.