29 Disember 2014

Banjir: Bantuan awal persekolahan RM100 minggu depan

BERITA HARIAN ONLINE, ISNIN, 29 DISEMBER 2014 @ 1:37 PM 

DUNGUN: Semua pelajar sekolah di negeri yang dilanda banjir akan menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM100, seawal minggu depan.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengadakan lawatan ke pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior di sini, tengah hari tadi.
Beliau berharap bantuan itu dapat meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak ke sekolah.


Minggu penangguhan persekolahan tidak perlu diganti - TPM

BERITA HARIAN ONLINE, ISNIN, 29 DISEMBER 2014 @ 4:08 PM

DUNGUN: Penangguhan selama seminggu permulaan sesi persekolahan 2015 di seluruh negeri tidak perlu diganti, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, ia tidak perlu diganti kerana masih dalam tempoh yang bersesuai untuk persekolahan.
"Bukannya cuti persekolahan itu ditambah tetapi masalah tertentu yang kita terpaksa tangguhkan. Kita harap ini akan disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan di sekolah-sekolah," katanya pada sidang media selepas melawat dua pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau dan SK Kampung Nyior di sini.
Dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain pada 12 Januari (Isnin).
Turut bersama dalam lawatan itu ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Roslina Ngah.
Sebelum ini, sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dijadual dibuka pada 4 Januari manakala bagi negeri-negeri lain adalah 5 Januari.
Muhyiddin berkata, sehingga semalam, Kementerian Pendidikan mendapati 340 sekolah di tujuh negeri terjejas banjir atau menjadi Pusat Pemindahan Sementara.
"Banjir masih berlarutan, maka sebahagian sekolah tidak dapat digunakan. Malah ada guru yang masih berada di kampung dan mereka tidak boleh pulang sekarang untuk mengajar.
"Justeru, atas dasar-dasar ini, kita putuskan untuk tangguhkan sementara pembukaan sesi persekolahan waktu ini bagi membantu keluarga untuk pemulihan dan buat persiapan," katanya.
Muhyiddin turut meminta Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah membuat taksiran mengenai kerugian harta benda dan kerosakan bangunan yang mungkin dialami berikutan bencana itu.

PENANGGUHAN BUKA SEKOLAH 2015


Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.


Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

WARGA SMKPK DISERU MENYUMBANG KEPADA TABUNG BANTUAN BANJIR MELALUI SMS

Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) untuk Bantuan Mangsa Banjir


Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) dibuka dari 24 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015 untuk membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.

Dengan menggunakan SMS, hanya taipkan perkataan BANJIR serta amaun yang anda ingin derma, contohnya BANJIR 5 (BANJIR jarak 5) untuk derma RM5 (Lima Ringgit) dan hantarkan kepada 13999. Amaun-amaun yang boleh diderma adalah seperti berikut: RM1, 3, 5, 10, 15, 20, 30, 40 atau 50.

Terima kasih kerana menderma! Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan.

28 Disember 2014

WARGA SMK PANGKAL KALONG TURUT BERSEDIH DAN BERSIMPATI DENGAN NASIB YANG MENIMPA MANGSA BANJIR

KAMI BERDOA AGAR BENCANA YANG MENIMPA INI AKAN SEGERA REDA DAN KEMBALI PULIH SEPERTI SEDIA KALA SECEPAT MUNGKIN. AMIN!

KESAN BANJIR

SEMASA BANJIR
KOLEKSI GAMBAR DI INTERNET PILIHAN KalongNET

26 Disember 2014

SMKPK TURUT DILANDA BANJIR

GAMBAR BANJIR DI SMKPK
PADA PETANG JUMAAT (26/12/2014)
- Gambar-gambar sumbangan 
Pn. Aziziah Mamat (PKP) 
& Pn. Kamariah Othman (Warden Asrama)

 


























 


 PANDANGAN DARI SKPK




PANDANGAN DARI SKPK
 




KESAN BANJIR, PAGAR BELAKANG BENGKEL KH RUNTUH

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 TAHUN 2014


24 December 2014



KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 TAHUN 2014


Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan masyarakat umum yang telah memberikan pelbagai respon mengenai keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan pada 22 Disember 2014.

Sehubungan itu, KPM ingin menjelaskan sekali lagi bahawa keputusan melaksanakan PT3 untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dibuat setelah mendapat pandangan rakyat daripada pelbagai peringkat yang pada ketika itu rata-rata mahukan sistem pendidikan negara tidak terlalu bertumpu dan mementingkan peperiksaan semata-mata yang mengekang percambahan berfikir. Sebaliknya negara kita mesti melahirkan pelajar berkualiti yang mempunyai kemahiran berfikir yang lebih kritis, kreatif  dan mendorong pelajar untuk berfikir di luar kotak.

Justeru itu, setelah meneliti dan membuat kajian terperinci, PT3 yang mengantikan PMR telah diperkenalkan pada tahun ini, ditambah baik dengan memberikan lebih penekanan kepada soalan-soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi.

Oleh itu, KPM ingin menekankan bahwa keputusan PT3 pada tahun ini tidak boleh dibandingkan dengan keputusan PMR yang dijalankan sebelum ini kerana format dan instrumen yang digunakan adalah berbeza.

23 Disember 2014

22 Disember 2014

TAHNIAH! KEPUTUSAN PT3 DIUMUMKAN HARI INI







NUR ALIA IZZATIE BT. MOHD. TALIB

NOR AZWANI BT. MAT AMIN

NUR SHAFIQA CHE RASHID